Ini adalah Malaysia
Tanah tumpahnya darah perwira
Pelbagai adat budaya di dalamnya
Aman, damai dan sejahtera sentosa
Dilimpah rahmat yang Maha Esa
Kita rakyat Malaysia
Akan menggoncang dunia
Bersatulah bangsaku
Berpadulah bangsaku
Ini Malaysia aku
Ini Malaysia kamu
Ini Malaysia kita
Hiduplah sepenuhnya Dirgahayu semua.
2. Sahabat - Kawan Dan Awan
Awan berarak membawa kehitaman
Berderai titisan kesedihan
Menyesal tidak ada guna kawan
Sampai bila tidak akan jumpa jawapan
Awan pergi muncullah senyuman
Sungguh terang sinar kebahagiaan
Ia tidak datang dari penyesalann
Tekadlah mencari keseronokan
Kian terhapuslah titis penyesalan
Ayuh tempuhi sejuknya hujan
Payungi perjalanmu dengan iman
Agar temu pelangi impian.
3. Patriotisme - Aku Anak Malaysia
Aku anak Malaysia
Bangkit dari zaman durjana
Gah berdiri di pentas dunia
Nasib bangsa akanku bela
Aku anak Malaysia
Harapan bangsa dan negara
Akanku lawan korupsi negara
Yang sering beri sengsara
Aku anak Malaysia
Adakah aku sudah merdeka?
Dari jajahan mentaliti dan minda
Bangkitlah Malaysia
Sedarlah Malaysia
Buanglah sombong dan hipokrasi
Yang menghilangkan identiti diri
Untuk sebuah bangsa merdeka
Kitalah wira yang sebenarnya
4. Adat dan budaya masyarakat - Jangan Biar Ia Mati
Malaysia, tanah yang kaya akan adat dan budaya
Kaya akan bahasa, suku bangsa dan istiadatnya
Berbeza warna, berbeza agama
Berbeza adat yang melekat erat
Melihat warisan sejarah silam
Kita kutip iktibar dan tauladan
Kerana kita adalah anak sejarah
Pada ibu pertiwi kita tumpahkan darah
Menjaga adat negara tanpa lelah
Adat Malaysia pasti lestari
Jangan biarkan ia mati.
5. Sejarah - Amat Malang Sekali
Telah kita baca buku teks sejarah
Mengerti dan memhami isinya
Yang mencatatkan perihal kehidupan
Nenek moyang kita dulu kala
Apa yang telah mereka rasa
Yang tidak dialami kita
Jadi pembakar semangat mereka
Berganding bahu dan tenaga
Berkongsi buah fikiran dan minda
Beradu pengalaman yang ada
Hanyalah untuk
Membebaskan negara, memerdekakan bangsa
Dari kezaliman dan kekejaman anjing durjana
Amat malang sekali
Dan menyedihkan lagi
Kalau kita tak mempelajari
Dan ambil iktibar dari
Kejadian silam ini
Jangan kau korbankan
Jangan kau persiakan
Kemerdakaan ini.
6. Pendidikan - Ilmuku
Saat berganti saat
Minit pun ikut berlari
Hari demi hari
Bulan silih berganti
Tahun ikut meniti
Masa berlalu hinggalah kini
Di pondok aku tunggu bas sekolah
Di bahuku terangkat beg sekolah
Di dalamnya terdapat buku sekolah
Di poketku terjahit lencana sekolah
Masa depan ada di genggamanku
Kerana pendidikan ialah kekuatanku
Semoga ilmmu yang bermanfaat bersamaku
Sekolahku..
Pengorbananku..
Ilmuku..
7. Ekonomi - Muflis
Janji manis pemimpin hanyalah anganan
Kesenangan hanya dimiliki bangsawan
Wang berputar hanya di kalangan pangeran
Tidak menitis walau hanya secawan
Lihatlah kemiskinan negara sedang berkembang
Adakah mereka di atas tidak memandang?
Rakyat keluh kesah dengan dompet yang nipis
Mereka pula jamah mewah senyum sinis
Perosak negara rakyat yanng muflis
Tidak ubah sama seperti teroris
Bukannlah rakyat tidak pernah bersuara
Ramai juga dibuang ke penjara
Di manakah keadilann Malaysiaku tercinta?
Yang kaya makin kaya
Yang miskin makin hina
8. Keindahan alam - Pergunungan
Aku pejamkan mataku sebentar
Kudepakan tanganku sebentar
Tenang
Sejuk
Bahagia ku rasakan
Menjadikanku seolah terbang kegembiraan
Seperti budak kecil kegirangan
Wahai pencipta cakerawala
Ketakjubanku sukar untuk kusimpan
Dari siang
Hingga malam
Godaannya tak pernah hilang
Hembusan angin yang berlagu di pergunungan
Flora dan fauna yang menari di pergunungan
Sungguh indah rasanya
Impama cantiknya taman syurga
Keindahan alam terasa sempurna
Menjadikan semua orang terpaku
Menjadikan semua orang termangu-mangu
Namun
Kita mesti peliharanya
Supaya keindahannya
Kan selalu ada
Seperti sedia kala
9. Masa depan alam - Tuhan Kata Kau Perlu Berusaha
Selangkah demi selangkah
Kaki melangkah ingin menjelajah
Resah di jiwa selalu goyah
Tapi aku kata jangan menyerah
Aku melangkah di dunia fana
Aku terhenti menatap langit senja
Kadang ujian menduga kita
Tapi aku kata gagahkan jua
Mengharugi pengorbanan terlimpah darah
Mengapa kita harus resah
Memanglah degupan jantung jadi cepat
Katakanlah pada diri aku hebat
Biarkan masa berjalan pergi sahaja
Impianku bukan angan seemata
Biarkan masa berjalan pergi sahaja
Tetapi masa depan kan ada
Pintu kejayaan pasti menjelma
Kerana tuhan kata kau perlu berusaha
10. Sains - Prisma Pelangi
Aku melihat matahari
Silaunya tidak terperi
Cikgu aku kata
Cahaya bukan putih sahaja
Tapi ada tujuh warna
Itulah refraksi melalui prisma
Aku menulis sama sahaja
Hanya dakwat hitam yang aku guna
Tapi kesannya
Memberikan hidupku pelbagai warna